31 August 2014

A Farewell is Necessary before We can Meet Again - AD Group SB

Assalamualaikum^^ Hi Semua^^ p/s: Miss me? :p
Setelah sekian lamanya Raima tak muncul dekat blog, tapi demi nak berterima kasih dekat insan – insan yang dah terlalu banyak berjasa dekat Raima, okay lah. Raima mengalah. Raima terpaksalah buka cerita pasal Al – kisah hidup budak praktikal. Janggal. Selalunya menaip report kena pakai format thesis berbahasa mat salleh gitu^^ Bila sekembalinya dekat blog, muncul lah semula bahasa ibunda. (Berjiwa merdekalah katanya).
Pengenalan. Supaya tak confuse asal lah budak ni bahasakan diri dia kejap nama itu. Kejap nama ini? Ok. Nama Raima hanya digunakan dalam penulisan blog. Nama dekat UTHM adalah ema. Nama semasa latihan industri (LI) adalah Ima ye. Tu je. Cuma penerangan yang tak penting langsung pun. Haha^^

Pertama tama sekali, Ima nak mintak maaf dekat sesetengah keluarga AD Group yang mungkin Ima tak sempat jumpa nak salam salaman meminta maaf maafan. Tak sempat nak minta halalkan makan minum. Maafkan segala terkasar bahasa, tertidak membantu sepanjang duduk dalam office ke. Semasa dekat site ke. Ima minta maaf sangat – sangat kalau ada salah silap. Sebenarnya Ima nak berterima kasih dekat semua orang. Seperti ada yang maklum, ada juga yang memang tak sempat tahu langsung ke.
Teringat Hari pertama mula latihan industry. Juga adalah merupakan hari Emak admit ward dekat GH, ada buat pembedahan. Major operation lah jugak di mana sepanjang minggu adalah hari yang agak mencabar. Dalam keadaan yang macam tu, kadang – kadang malam tidur hospital, pagi esok datang office buat muka slumber macam tak ada apa – apa. Hey! Bukanlah benda mudah. Tapi, Sakit rasanya kalau kita simpan. Sekurang – kurangnya cerita dekat orang yang kita pecaya. Then, beban berlakon “I’m ok” tu akan terasa kurang. Kak Emi adalah antara orang terawal yang tahu. Then, Kak Mira, Kak Ifa, Kak Lin dengan Kak Su. Hampir minggu - minggu terakhir, Kak Maji pun Ima ada bagitahu. Itu pun ada yang tahu sengaja dengan tak sengaja. Antara kenangan dekat office yang sangat seronok is bila dah nak dekat – dekat habis praktikal. Kenapa? Sebab mungkin ada yang macam baru nak sedar kewujudan Ima dekat office tu, tapi 10 minggu tak akan cukup. Ada yang memang tak pernah berborak pun. Kadang – kadang kita cakap sepatah, dia balas sepatah. Haha. Yang itu adalah sangat menyedihkan xD Ima bukanlah jenis orang yang akan paksa orang untuk bercakap. Sedangkan sifat semula jadi Ima sendiri is suka buat hal sendiri.

Tapi bila dah kenal dengan orang office ni, lama-lama jadi terbiasa. Tipulah kalau Ima kata tak akan ingat dia orang. Ingat. Sampai bila-bila pun akan ingat. Banyak sangat yang Ima dapat belajar. Apa yang Ima dapat belajar semua Ima dah cerita dalam Industrial Training Final Report. So tak perlu ulang banyak kali. Entry kali ini Cuma khas untuk “AD Group Family”. Sekali sekala kita buat Tribute sikit untuk insan – insan ini okay^^
Cerita baru sahaja nak bermula. Ini Cuma mukadimah. Kita teruskan kepada pengisian^^ Ima Cuma nak kenalkan sambil tinggalkan sedikit pesanan khidmat masyarakat. Personally :p


1. Mira/ Mia

Hi Mia^^ Hi awak. Hi sayang, haha. Kalau kawan – kawan sekolah dulu mesti kenal sangat Mia ni siapa. Mia kawan Ima sejak Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Matrik Teknikal Johor, dan kawan yang ada di Melaka. Disitulah bermula kewujudan Mia dalam kamus hidup Ima. (Amboi, dandan kamus hidup tau). Haha^^ First, sorry sebab tinggalkan awak sorang – sorang hari Jumaat haritu. Terima kasih Mia sebab banyak tolong Ima. Dari dulu sampailah sekarang. Dari tolong bagi maklumat syarikat dekat Ima untuk Ima deal dengan PHUI UTHM. Dari nama syarikat tak wujud sampailah nama syarikat wujud dalam sistem. Besar sangat pertolongan tu. Terima kasih sebab bagi ema tumpang solat dekat rumah Mia. Tengok tv dekat rumah Mia. Pinjam USB Mia. Cerita masalah rumah tangga escalator dekat Mia. Tolong Ima update “log book kedua” dekat orang Perak sana. Haha.
Nanti ingat janji kita. Datang batu pahat, Ima bawak makan sotong kangkung, mee racun, chicken chop parit raja yang sedap, bakso parit darat. Last but not least mee bandung muar sebelum kita balik Melaka bulan 9 nanti^^ me loveee u tayangku

2. Kak Emi

Hi Kak Emi^^ rindu Ima kan. Ima tau. Alololo^^ Untuk pengetahuan ramai, haha^^ Kak Emi ni penyeri dekat AD Group. Tak pecaya? Cuba Kak Emi amik cuti satu hari. Tengok sunyi tak sunyi office tu. Sangatttt sunyi okay! Tuhan berikan dia kelebihan yang luar biasa dimana Kak Emi ni sangatlah senang kalau sesiapa pun nak rapat dengan dia. Tak susah. Kenal 5 minit borak je dah tau dah dia punya ceria macam mana. Tak buat orang gelak tak sah. Haha. Hilang terus hati yang duka lara tiba masa dia buat lawak tahu tak! Haha.
Kak Emi, Terima kasih sangat - sangat sebab banyak sangat tolong Ima. Lepas ni tak ada lagi lah budaya budak datang bawak bekal makanan datang office. Tak ada lagilah Ima masak nugget banyak – banyak nak kongsi dengan semua orang. Tak ada jugak “Toasted Twister KFC” versi Ima togel tanpa sayur. Kak Emi kena jaga makan tau. Kurangkan makan Maggie mee. Tak baik untuk kesihatan. At least alas perut dengan roti. Minum milo. Sarapan sebelum pergi kerja. Semoga kekal ceria dan kekal menjadi penyeri dekat AD Group tau! Terima kasih sebab sanggup balik lambat semata-mata temankan Ima siapkan report Li yang tebal bapak tu. Terharuu. Me is Terharu level 99. Mesti nanti Ima rindu nak pergi stor dengan kak Emi. Hihihi. Sebab anda terlalu baik :’)

3. Kak Ifa

Hi kak Ifa^^ hai Siti Masyitah merangkap sepupu Ima yang sangat kurus kerempeng. Serius tau, muka Kak Ifa ni macam sepupu Ima. Sepupu Ima Budak tingkatan 1. Kak Ifa pulak dah tingkatan berapa? Hihi^^  Ima nak bagi nama barulah. Boleh? Kakak Slim a.k.a Kak Ifa Slim River (?) *okay Ima Nampak dahi kak Ifa dah berkerut baca, haha^^
Btw. Kak Ifa, ingat tau. Lain kali waktu taip minutes of meeting jangan buat typing error dah. Kesian Abang Man kena baca waktu meeting Serkam nanti. Jangan selalu pakai perkataan Melaka yang pelik – pelik. Nanti kena gelak dengan Kak Mira dengan Abang Choi pulak. Makan banyak – banyak bagi cepat gemuk. Makan vitamin lebih sikit. Nanti Kak Ifa kawin jangan lupa jemput. Ima dah bau nasik minyak dah ni. Hehe. Terima kasih kak Ifa sebab selalu bagi pinjam dekat Ima scare rule. Al Maklum. Kami budak praktikal je. Tak mampu pula nak beli scale rule. Hiks! Lepas ni tak dapat la bermanje – manje mintak tolong printkan autocad drawing. Taka da dah orang nak kacau Kak Ifa buat kerja lepas ni. Sedih tak dengan ayat kite? Tak? Alaa~ Sedih laah, Sedih laaaah, Hihi^^ Kak ifa lepas ni jangan Kelembatan lagi tau. Ape tu? Kelembatan? Ape tu kak Ifa? Hahahahaha. Stay pweetty (pretty) kak Ifa^^

4. Kak Mira Bell

Hi anak abang Amy Search^^ nak Sign~ Ok, gurau kasar Nampak. Hehe. Kak Mira! Ima akan merindui saga purple MBQ anda berserta Dunlop Pillow di seat belakang tambahan bau perfume kereta Kak Mira! Lepas ni tak adalah orang nak tolong pergi PKNM hantarkan surat STP. Tak adalah orang nak hantarkan kunci pergi masjid paya datuk nun sana. Tak adalah orang nak tolong warna – warnakan drawing untuk projek Yayasan. Tak dapatlah tengok Kak Mira pakai baju kurung santek – santek. Me adore~ Wheee

Kak Mira! Terima kasih sebab pernah bagi Ima makan roti canai kuah sedap waktu tu Ima terlupa bawak makanan dari rumah. Hehe. Nasib baik Kak Mira ade tau. Hiks! Terima kasih Kak Mira sebab banyak ajar Ima. Halalkan segala ilmu yang dikongsikan ye Kak. Nanti kalau rasa – rasa nak wakafkan Ima sekor dua ekor kucing comel – comel bam bam bagi tahu lah eh^^ Kak mira dah banyak kucing, meh bagi ema sikit meh, hehehe^^

5. Kak Lin

Hi Mama Sarah^^ Ingat lagi tak? Hari pertama Ima datang office, Kak Lin lah orang pertama yang sambut Ima. Kak Lin exited betul dengan Kak Sela. Waktu tu hari Isnin. Tengah dalam proses mengemas office. Ima suka sangat dengar suara kak lin. Macam suara Sarah :p Hihi^^ Kak Lin rajin sangat. Sama je dengan Kak Emi. Istilah mengemas dengan Kak Lin memang berpisah tiada. Hihi. Ima cadangkan Syarikat kita kena buat jadual bertugas la. Bagi sistematik sikit. Lepas tu siapa buat sepah kena denda sengan mama sarah^^ Hehehe. Jaga diri elok-elok ye Kak Lin. Jangan makan jeruk asam. (Did I spell it right) ataupun asam jeruk? Tak kesahlah, janji ada bunyi pun okay dah kan. Hihi. Peluk tiyum Sarah untuk Ima. Kirim salam dekat dalam perut tu tau. Terima kasih sebab banyak sangat Kak Lin tolong Ima sepanjang Ima LI ni. Tergelak sendiri Ima ingat balik Kak Lin punya “Handmade tali pinggang”. Kreatif tau. Hiks!


6. Abang Choi


Hi Abang Choi^^ Hi Kak Erin, haha. Abg Choi yang seingat Ima, hari pertama lagi dah buli Ima. Suruh Fax kan ape entah. Lepas tu yang Ima ni pulak si lurus bendul. “Kalau dah habis Fax nanti check dekat kertas resit belakang tu. Check bilangan muka surat dia betul ke tak betul”. Ima pun “Ok”. Lepas tu dan dan lah dah selesai fax Ima pun pergi la duk koyakkan resit belakang fax tu. Siap tunjuk sebagai bukti. Pui~ Lain kali cakap la tak payah koyakkan. Malu le Ima. Lepas tu boleh pulak dia buat muka tak bersalah walaupun terang-terangan tindakan mengoyakkan resit fax adalah sesuatu yang skema tahap 99. Okay. Kena buli disitu. Abaikan. Kita recall pulak yang baik – baik ok. Terima kasih Abg Choi sebab banyak bagi Ima dengan Mira buat kerja sampai jari naik ketuat, dakwat pen satu “tool box” ema habis. Haha. Dua – dua pun habis pulak tu. Hiks! Terima kasih ajar buat measurement. Adelah jugak kerja kan boleh kita orang tolong. Btw. Klinik gigi kita orang selalu pergi tu dekat bank rakyat ye. Bukan bank Muamalat. Haritu Abg Choi cakap Muamalat. Sekian. Haha. *sempat lagi tu Ima nak cari pasal. Ok bye :p

7. Abang Noorman

Hi Abang Man^^ Abg Man! Sorry Ima tak sempat tolong dekat site Serkam haritu. Sebenarnya Serkam tu dah di kira jauh sangat dah tu pada Ima kalau nak drive sendiri. Al Maklum. Kalau Ima cakap pun bukannya Abg Man pecaya pun. Kereta memang problem. Tu pun slumber – slumber je kental bawak padahal minyak Gear bocor dah tu. Haha. Bahaya kalau bawak jauh – jauh. Lagi pun mak ayah memang tak bagi pergi site jauh – jauh. Nak buat macam mana. So, terpaksalah Abg Man mintak tolong bangla Aedish Photostat kan D.O eh. Hehehe^^ Abg Man, terima kasih banyak sebab banyak sangat ajar kita orang walaupun sehari je dekat site Serkam. Sekali je Abg Man ajar. Lepas tu terus dekat office pun kalau siapa – siapa mintak tolong kira, kita orang tau dah. Terima kasih so much ya! Haritu jumpa wife Abg Man dekat open house rumah Kak Sue dengan Kak Lin. Nak berborak, tapi segan. Hihi^^ Baik sangat Kak Ina. Ima siap pergi panggil Kak Ida titibe. Tersalah nama. Malu :3 Jaga site Serkam elok – elok eh. Jaga kucing dalam cabin tu. Kang takut hilang tak jumpa sekali bangla dah buat Sup Black Pepper dah si kucing tu :p Haha


8.  Abang Kamal

Hi Abang Kamal^^ Pernah baca blog? Mesti tak layan. Takpe, harini terpaksa layankan k. Terima kasih tau pernah belanja buka puasa ramai – ramai haritu. Terima kasih sebab selalu bagi tumpang sudi duk angkut “muatan tambahan” dekat seat belakang ni. Terima kasih sebab banyak ajak kita orang tengok projek STP. Padalah belakang rumah Ima je. Haha. Terima kasih sebab pernah bagi pinjam printer secara haram. (Ayat yang betulnya, sorry sebab pernah pinjam printer nak scan untuk kak lin tapi tak bagitahu). Haha^^ Terima kasih sudi jawab soalan – soalan kita orang padahal kita orang tau je muka malas nak layan tu menceritakan segalanya. Hahaha xD

Terima kasih abg kamal sebab dah banyak tolong kita orang. Btw, lepas ni jangan tinggalkan coco crunch dekat pantry terdedah ea, sebab haritu siap ade cicak tengah kunyak koko Kruch Ima Nampak. Hiks!

9. Kak Sue

Hi Kak Sue^^ Ohh, Abg Azman panggil Kak Sue apa eh haritu? Mek Sue kan^^ Hi Mek Sue.
Kak Sue nak tau satu cerita? Mula – mula waktu Ima masuk office kan, Ima ingatkan Kak Sue sombong. Hahaha. (Sorry3). Awal – awal Ima paling ambil masa lama nak tegur dengan Kak Sue. Takut :p
Sebab ingatkan Kak Sue garang. Tapi lepas tu tak takut pun. Tak garang langsung pun. Yang paling lawak pasal Kak Sue, Ima tau yang Kak Sue duduk Taman dekat dengan rumah Ima. Ima pun rasa Ima dah pernah bagitahu Kak Sue taman rumah Ima dekat je dengan kak Sue. Tapi disebabkan nama taman Ima sangatlah tak familiar, dah nak habis LI baru kak Sue tau rumah Ima dekat je kan. Hahaha. Yang lagi kelakar anak Kak Sue pulak satu sekolah (Tadika) dengan anak buah Ima perempuan 2 orang tu. Kalau balik rumah saje je Ima tanya anak buah. Ashraf datang sekolah? Hahaha. Dia orang kenal je anak Kak Sue. Dah lah comel^^ Suka kacau dia masa open house rumah kak Sue haritu. Tak marah pun orang geletek kaki dia. Hehehe. Kak Sue, Terima Kasih tau sebab banyak ajar Ima. Ajar Ima baca katalog barang – barang tu. Ajar buat taking off waktu awal – awal Ima LI dulu. Terima Kasih Kak Sue.

10. Abang Azman

Hi Abang Azman^^ Oh, ok. Salah tu. Hi Sifu^^ Hmm. Kalau pasal Abang Azman, setahu Ima, sama jugak. Awal – awal dulu macam tak perasan je. Eh, ade orang eh meja belakang kak Sue. Haha. Seorang yang pendiam. Pemalu? Haha. Tak sempat Tanya pulak. Paling – paling jarang berborak waktu awal – awal dulu. Amboihh, negative nauuu. Itu baru awal – awal. Okay! Lepas dah lama – lama, ooh, Abg Azman ni Project Manager jugak macam En. Zai rupanya. Itu pun tahu sebab menggelabah cari staff IRC. Rupanya tertinggal nama Abg Man. Masa tu Lecturer Dr. Riduan dah nak datang esok tau tak. Tapi ok la jugak. Inisiatif lah. Mula – mula Ima Tanya “Abg Man, Abg Man under IRC eh?”Tiba – tiba dia bukak mulut. Hmm. Satu jam tak lari :) Mula – mula dah risau dah, gaya macam nak bagi ceramah. Ok, tapi bukanlah ceramah. Abg Azman ni orang nye jenis “terperinci”. So bila apa – apa kalau kita Tanya, dia akan jawab dengan detail, err, sangat detail kut! Hahaha. Apa pun, terima kasih Abg Man, sebab banyak mengajar, banyak bercerita, kurang berborak, kurang perasan akan kewujudan kita orang, dan yang sewaktu dengannya lah^^ Ohh, terima kasih sebab ajar buat taking off. Nanti bukak lah kelas tuisyen online untuk budak – budak praktikal macam kita orang. Tapi free lah. Ok, confirm tak jadi bila dengar free kan. Hehe^^ Tengok tu, Kononnya dah habis nak mintak maaf, tapi sempat lagi cari pasal tu. Terima kasih dan halalkan segala ilmu yang Abg Man dah kongsi dengan kita orang tau. Btw, Abg Man hutang Ima sebab tak sempat ajar pakai Microsoft Project. Nanti Ima tuntut. Haha^^ Gurau. Apa pun, Terima kasih sifu^^


11. En. Zai
Hi En Zai^^ Ima tak rasa pun En Zai akan buka blog Ima. Tapi still, Ima pecaya apa yang Ima nak cakap ni En. Zai pun boleh agak sendiri. Hihi^^ En. Zai, terima kasih sebab dah cuba untuk guide Ima since hari kedua Ima masuk office. Terima kasih sebab bawa kita orang pergi tengok CCTV Testing. Terima kasih jugak sebab tiba – tiba tinggalkan kita orang dengan Abg Kamal. *Awkward. Haha. Haritu En. Zai sangat sibuk sampai tak sempat nak pesan apa – apa, Cuma terus tinggalkan kita orang dekat situ tengok orang buat kerja. Haha. Tapi terima kasih sangat sebab banyak guide Ima. Faktor umur pula mempengaruhi panggilan nama, so sangat selesa panggil Encik Zai instead of panggil selain daripada itu kan, Haha :p
Terima kasih sebab bagi Ima markah yang baik dan komen yang baik dekat Lecturer Ima. En. Zai penyelamat pada hari itu disebabkan Kak Maji tak ada. Ima suka sangat kuih Mak Ida buat! Okay sangat sedap. Harap boleh kongsi resepi dengan Ima nanti. Ok, yang tu gurauan je semata – mata. Tapi part sedap tu bukan gurauan. Hihi^^ Halalkan segala ilmu tau En. Zai. Terima kasih sangat – sangat.

12. Miss Lim
喜林小姐^ ^
首先,我想感谢你每次你在我在公司的存在给了我知识. 尤其是申请的一部分.
谢谢你的信任,我帮你做这些银行的工作
现在我知道如何使用支票存款机. 太谢谢你了.
谢谢你的老板对我的沉积太多薪水.

13. Kak Maji
Hi Kak Maji^^ Sorry kak sebab tak sempat jumpa pun last day LI haritu. Sebab Kak Maji pun cuti haritu. Terima kasih Kak Maji sebab selalu kena kacau dengan Ima mintak tanda tangan untuk log book. Terima kasih sebab jadi penyelaras industry a.k.a supervisor kita orang sepanjang Ima LI dekat sini. Terima kasih sebab sudi terima Ima jadi trainee dekat company ni. Terima kasi sebab menerima dan membuka kuota untuk budak – budak praktikal macam kita orang ni. Terima kasih sebab bagi kita orang peluang dan terima kasih sebab jawab online survey dan kerjasama yang baik sepanjang Ima LI dekat sini. Terima Kasih kak Maji^^

14. Ijat

Si budak kecik Ijat! Terima kasih sebab pernah tolongkan renewkan kuponkan parkingkan ye kan. Hahaha^^ Terima kasih ijat. Tak boleh cakap banyak, nanti Mona marah pulak. Hahaha^^

0 comment: