24 July 2012

2 weeks???

Assalamualaikum :)

Setelah kenyang berbuka puasa, setelah gigih mengemas, setelah membelek - belek calender, waaaaaaah!
Lagi 3hari Emak dan Abang dah nak balik lah :D Tapi lepas Emak balik, agak - agak ......
Agak - agak aku dengan ayah duduk dapur lagi tak? Hehehe

Dah hampir dua minggu Mereka mengerjakan Umrah di Tanah Suci. Dah hampir dua minggu aku jaga nenek dekat rumah. Hampir dua minggu aku dan ayah memasak berdua di dapur. Kadang - kadang Fatin pun ada :)
Dua minggu cuma ada empat belas hari, tapi macam - macam yang berlaku dalam masa yang singkat macam ini.

Gigi cik kak Raima dah pun hilang empat ketul. Iyeee adik - adik. Empat ketul ~ ~ ~ *tarian shin chan
Tak lama lagi Raima dengan rasminya akan menjadi "Hantu Gigi" so-called braceface. Pendakap gigi je pun Bahasa Melayu nya.

"Pengalaman memasak dengan ayah"

Hah! Tak semua adik beradik Raima yang bernasib baik berpeluang bersilat dekat dapur sama - sama dengan ayah tau. So, Im proudly saying- Im the luckiest person among all *cross your fingers! Haha. Makin lama, makin boleh la bertambah - tambah ilmu masak memasak Raima bila duduk dapur dengan ayah.
p/s: Fyi, ayah dah berpoloh - poloh tahun tak masuk dapur hoccay. #fact

"Pengalaman menjaga nenek"

Betul kata Yop. Tak mudah nak jaga orang tua ni. Yop pernah jaga late atuk nya selama 3 tahun. *Tabik
Mandikan mereka, layan karenah mereka, urut kaki mereka, semuanya ~~~ Tak mudah......
Menjaga orang tua memerlukan banyak - banyak sangat banyak kesabaran.

"Pengalaman memasak sendirian berhad"

Hoi! Langit tak selalunya cerah, hidup tak selalunya indah. Untuk beginners seperti aku, haaaaaaaa! Tambah - tambah tengah - tengah tekak berpuasa. Tak selalunya masakan aku sedap -_-''
At least aku memasak. Perkara yang tak pernah terlintas dalam kepala otak aku sebelum ini, sehinggalah Yop buka mata aku, nak tak nak, aku kena belajar masak jugak. Tiba - tiba tuah datang bergolek. Mak tak ada, siapa nak masak? Maka aku pun diturunkanlah resipi serta periuk belanga kuali mak yang set comel - comel cantik cantik yang telah pun aku hitam legamkan *Okay, tak hitam legam pun ehh :)

"Pengalaman mencabut gigi"

Sakit mak datuk~~~~ Doktor gigi nya pulak mesra - mesra alam gitewww~ Caring bebenor, sampaikan nasihat pantang larang dia pertama kalinya aku pun tak dengar langsung. Nasib baik Yop suruh makan ice cream. Terima kasih yop :D Bukanlah perkara yang menyeronokkan apabila gigi kita dicabut sebegitu saja adik - adik -,-''

"Pengalaman membuat Yop goin' crazyyyy"

Hahahaha, Yop, akhirnya, sampai juga karangan dekat nama Yop. Gila tak gila, pagi - pagi buta kena kejut Raima bangun. (Raima sangat senang bangun pagi hari hanya dengan satu panggilan *tolonglah tak payah pecaya)
Hari - hari adalah wajib Yop di call supaya Raima dapat menanyakan idea "Nak Masak Apaaa Yaa Hari Ni??" Harap Yop dapat bersabar, haha. Hari - hari makin sayang, makin rindu, makin gila dah Yop dengan Acik Ema. Yop kata nak datang pada tanggal 9/8/12 untuk menculik ku dan mencampakkan ku kedalam bilik doktor gigi untuk diikat dengan besi :DD Yop juga telah berjanji untuk belajar bersama - sama dengan ku *yahooooooo. Yop, saya sangat sayang anda tau, lebiuuu~~~

p/s: Saya menerima anak buah baru pada baru - baru ini :) Muiz



Semoga menjadi anak yang baik didunia dan diakhirat Muiz 

0 comment: